Anda biasa dengar tentang perbezaan Asid Lemak Omega-3 dan Omega-6 ? Namun, tahukah anda bahawa kedua-dua Asid Lemak ini mempunyai fungsi yang berbeza. Jom kita ikuti apakah perbezaan di antara Asid Lemak Omega-3 dan Omega-6? Secara umumnya, perbezaan di antara dua jenis Asid Lemak ini ialah: (1) Inflamasi: Omega-3 mengurangkan inflamasi (keradangan), Omega-6 meningkatkan keradangan. (2) Pembekuan darah: Omega-3 bantu menghalang pembentukan darah beku, Omega-6 menggalakkan pembekuan darah. (3) Cholesterol-lowering agent: Omega-3 merupakan agen untuk mengurangkan kolesterol dengan baik, di mana Omega-3 akan memelihara paras trigliserida yang normal, merendahkan paras kolesterol jahat (LDL), di samping meninggikan kandungan kolesterol baik (HDL).
The post Perbezaan Omega-3 dan Omega-6 appeared first on MasalahKolesterol.Com.